Duhai Sahabatku,
Jangan engkau jadikan Sekolah Menengah Ibn Khaldun sebagai tempat terakhir mendapat TARBIYAH.
Kutiplah TARBIYAH di mana-mana sekalipun.
Kerana TARBIYAH adalah kekuatan yang mampu mengubah :
* Duri menjadi Mawar
* mengubah Cuka menjadi Anggur
* mengubah hati yang sering lalai dengan suruhan Allah kepada Hati yang Selalu Mengingati Allah
ITULAH TARBIYAH !
Duhai Sahabatku,
Janganlah Engkau berasa hina berada dalam gerabak TARBIYAH ini.
Kerana gerabak inilah dahulunya diperjuangkan oleh Nabi Muhammad dan Para Sahabat.
Berada dalam gerabak TARBIYAH memang sukar ! Perit ! Penuh Onak Duri !
Hatta, Nabi Muhammad SAW juga dahulu pernah dibaling batu di Taif.
AYUH SAHABATKU !
Walau seperit manapun, jangan kita undurkan diri dari gerabak ini.
Ingat, untuk mendapat SYURGA yang Manis perlukan perjuangan di dunia yang Pahit.
Perlu Mujahadah !
Baru SYURGA indah itu menjadi milikmu, insyaALLAH.
: : KITA ADALAH MATA RANTAI YANG AKAN MENYAMBUNG RANTAIAN PERJUANGAN PARA ANBIYA' DAN SAHABAT : :
.jpg)






