Renung Sejenak


Hakikat Diri Ini

Diri ini adalah hamba,
Yang sedang mencari diri,
Diri ini kenal dirinya namun,
Dia ini tidak mengenali dirinya;

Diri ini sering ketawa sedangkan…
Tanpa disedari hatinya sering menangis,
Diri ini sentiasa gembira,
Sedangkan hatinya dibiar berduka;

Diri ini selalu kesunyian,
Walaupun dikelilingi kemeriahan,
Ada ketikanya diri ini berhibur,
Menggembirakan dirinya;

Namun, apabila kesunyian itu melanda…
Diri ini seolah-olah tidakpernah gembira,
Apakah yang diri inicari?
Sahabat susah dan senang?

Adakah sahabat gelarannya,
Andai cuma menjelma tika diri ini senang,
Kemudian menghilang tika diri ini kepayahan,
Meninggalkan diri ini kesunyian;

Ada ketikanya diri ini mempersoalkan dirinnya,
Apakah diri ini insan yang gagal?
Gagal dalam pelajaran? Atau kehidupan?
Jika hendak dinilai luaran, diri ini cemerlang;

Pencapaian demi pencapaian telah diri ini capai,
Pujian juga penghargaan?
Saban waktu menyumbat deria pendengaran,
Dinding rumah sahaja penuh dengan sijil yang megah;

Kini, diri ini mula bosan dengan semua ini,
Bagi diri ini, pujian itu hanyalah halwa,
Dan ketika kesunyian ini melanda kembali…
Pencapaian tadi kian sirna, tidak bermakna;

Diri ini penuh dengan pengisian ilmu,
Namun ia hanyalah membawa kekosongan,
Kerana hakikatnya diri ini…
Sunyi dari hakikat kehambaan.


No comments:

Post a Comment