Tunjukkan Qudwah Hasanah
Jika seorang anak mendapati ibunya tidak bersikap jujur dengannya, dia tidak akan mendengar kata ibunya.
Jika seorang anak mendapati ibunya tidak bersikap jujur dengannya, dia tidak akan mendengar kata ibunya.
Jika seorang guru menyuruh muridnya untuk
membuat sesuatu sedangkan dia sendiri tidak membuatnya, muridnya tidak akan
patuh suruhannya.
Seorang murid perlu mendapatkan
murabbinya sebagai qudwah hasanah baginya.
Umat Islam terdahulu mendapatkan Rasulullah sebagai qudwah mereka.
Umat Islam terdahulu mendapatkan Rasulullah sebagai qudwah mereka.
Seperti yang diturunkan Allah ke atas kaum
muslimin ayat: “Sesungguhnya
bagi kamu sekalian dalam diri Rasulullah itu sebuah uswah hasanah (contoh yang
baik).”
Semua orang bertanggungjawab dalam usaha tarbiyah perlu menjadi qudwah hasanah bagi orang-orang yang ditarbiyahnya.
Semua orang bertanggungjawab dalam usaha tarbiyah perlu menjadi qudwah hasanah bagi orang-orang yang ditarbiyahnya.
Suatu hari, ketika cuaca panas terik di
kota Madinah, Rasulullah keluar dari rumahnya.
Dalam perjalanan, Baginda bertemu dengan
sahabatnya saiyidina Abu Bakar dan saiyidina Umar.
Baginda pun bertanya: “Apakah yang
membuatkan kamu keluar dari rumah mu?”
Jawab mereka: “Kami tidak keluar dari
rumah kami kecuali kerana sudah terlalu kelaparan, ya Rasulullah!” sambil
menyelak baju mereka dan sebiji batu diikat di tengah-tengah perut
masing-masing.
Lalu Rasulullah menyelak jubahnya dan 2 biji
batu diikat di perut Baginda yang sedang meronta kelaparan.
Para sahabat
pernah meriwayatkan bahawa mereka selalu berlindung di belakang tubuh sasa
Rasulullah ketika peperangan semakin sengit. Rasulullah ketika
membahagi-bahagikan tugas kepada para sahabatnya sewaktu mengorek lubang parit,
berkata “Dan aku pula akan mengumpulkan
kayu-kayu arang.”, yang merupakan bahagian tugas yang paling susah ketika itu.
Kebiasaan saiyidina Umar Bin Khattab ketika menyandang jawatan sebagai Amirul Mukminin, setelah selesai memberi arahan di atas mimbar, beliau akan terus pulang ke rumah dan memberitahu ahli keluarganya:

“Aku telah memberi arahan kepada kaum
muslimin. Nah! Sekarang orang semua pasti akan melihat kepada kelakuan keluarga
Umar.”
Jadi, bagi sesiapa yang ingin mentarbiyah, perlu
menunjukkan contoh yang baik. Jika tidak, dia akan menjadi bencana kepada
dakwah yang dijalankannya..
.jpg)
No comments:
Post a Comment